Polis beri amaran tegas pada penyokong calun MIC
KUALA LUMPUR 11 Sept. - Orang ramai dan penyokong pihak yang bertanding pada Perhimpunan Agung MIC ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) esok, diberi amaran supaya tidak melakukan sebarang kekecohan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, peringatan itu dikeluarkan agar perjalanan mesyuarat pemilihan parti itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.
"Penyokong mana-mana pihak yang hadir pada Perhimpunan Agung MIC esok diberi amaran supaya tidak menggunakan jenayah dan bertindak menyalahi undang-undang.
"Polis memberi amaran tegas akan mengambil tindakan terhadap anasir atau gengster yang berniat jahat menimbulkan kekacauan sepanjang perhimpunan itu berlangsung," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Program Pencegahan Jenayah (Kempen Balik Kampung) dan perasmian laman web polis Kuala Lumpur di Jaya Jusco Taman Maluri di sini hari ini. - + selanjutnya
![]()
0 comments:
Post a Comment