Rakan WARTAMAYA

Saturday, September 12, 2009

Dedahkan identiti 'Pak Janggut'

KUALA LUMPUR 11 sept. - Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin perlu mendedahkan segera identiti sebenar 'Pak Janggut' yang beliau dakwa telah memutarbelitkan ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, perbuatan memutarbelitkan ayat-ayat al-Quran merupakan tindakan yang mengaibkan seluruh umat Islam di negara ini.

"Perkara ini amat serius kerana al-Quran merupakan kalam Allah SWT dan ayat-ayatnya tidak boleh diputar belit dan disalahtafsirkan bagi menghalalkan sesuatu atau yang membabitkan dengan kepercayaan dan akidah," tegas beliau dalam blog UMNO Bahagian Cheras di http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Semalam, Zulkifli membidas individu yang digelarnya 'Pak Janggut' yang sanggup memutarbelitkan ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam.- + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list