Rakan WARTAMAYA

Tuesday, September 1, 2009

Penduduk tak pernah rancang bawa kepala lembu

SHAH ALAM 31 Ogos - Penduduk Seksyen 23 tidak pernah merancang membawa kepala lembu ketika mengadakan perhimpunan di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Jumaat lalu, sebagai membantah keputusan kerajaan negeri membina kuil di kawasan mereka.

Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23, Ibrahim Sabri berkata, tindakan sebenarnya tidak diduga kerana ia tidak pernah dibangkit serta dibincangkan dalam jawatankuasa badan penduduk itu.

Sebaliknya, katanya, apa yang dirancangkan ialah mengadakan perarakan penduduk kawasan terbabit dari Masjid Negeri di Seksyen 10 ke bangunan SUK sambil membawa sepanduk yang menunjukkan bantahan daripada pihaknya.

Menurutnya, perhimpunan itu diadakan sebagai alternatif pihaknya untuk menyuarakan bantahan terhadap keputusan kerajaan negeri yang tetap meneruskan cadangan membina kuil di kawasan itu tanpa mengambil kira sensitiviti majoriti penduduk Islam. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list