Rakan WARTAMAYA

Friday, September 11, 2009

Pemuda Umno hantar memo bantahan ke Kedutaan Indonesia

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno Malaysia hari ini menghantar memorandum bantahan ke Kedutaan Indonesia di sini berhubung demonstrasi sekumpulan rakyat negara itu di Kedutaan Malaysia di Indonesia baru-baru ini.

Kira-kira 20 ahli Pemuda berarak sejauh 10 meter secara aman ke pekarangan kedutaan itu kira-kira pukul 4.30 petang dengan membawa kain rentang bertulis 'Mana Pergi Budi Bahasa Rumpun Yang Sama' dan 'Jalur Gemilang Maruah Kami'.

Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa Pemuda Umno, Datuk Ahmad Zaki Zahid yang mengetuai perarakan itu telah menyerahkan memorandum tersebut kepada Penasihat Menteri Bahagian Penerangan, Sosial dan Budaya Indonesia, Widaryarka Ryananta. - + selanjutnya

Tiada binatang yang jadi mangsa setakat ini ...
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list