Rakan WARTAMAYA

Friday, September 11, 2009

Exco wanita ke balai, isu diugut rogol

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Selangor, Rodziah Ismail hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan rogol yang diterimanya ketika sesi dialog bersama penduduk Seksyen 23 Shah Alam berhubung isu pemindahan kuil, Sabtu lepas.

Rodziah membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam di Seksyen 11 di Shah Alam, kira-kira pukul 12 tengahari tadi iaitu kira-kira seminggu selepas sesi dialog itu.

Exco Selangor itu berkata laporan itu dibuat kerana bimbang keselamatan diri, keluarga dan kakitangannya terancam.

"Saya hadir sebagai ADUN Batu Tiga serta panel dialog bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan tetapi menerima kata kesat dan ugutan rogol dari pihak yang menimbulkan kekecohan ketika sesi dialog berjalan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - + selanjutnya
Share/Bookmark

1 comments:

Senjaliza September 12, 2009 at 11:14 AM  

Spinner..dari kepala lembu boleh jadi rogol. Bole bangkit selera kee die tuu?

Blog list