Pemimpin PAS, DAP terkilan pendirian Hasan Ali mempertikai Selcat
PETALING JAYA: Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berhadapan dengan 'kritikan' pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat termasuk partinya sendiri ekoran kenyataan beliau mempertikaikan perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor (Selcat) yang kini menyiasat dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri.
Beberapa pemimpin kanan yang dihubungi menyifatkan, selaku anggota eksekutif yang turut terlibat dalam penubuhan Selcat tahun lalu, Hasan yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Pesuruhjaya PAS negeri, tidak sepatutnya mempertikaikan badan itu secara terbuka dengan membelakangkan kepentingan kerajaan negeri Pakatan Rakyat. - + selanjutnya
![]()
1 comments:
Assalamualaikum. Jika benarlah begitu keadaannya, nampaknya PAS lebih mengutamakan PAKATANnya berbanding dengan ahli PAS itu sendiri , walaupun ahli itu bertaraf pesuruhjaya PAS negeri. Apa maknanya tu ? Kalaulah dapat dibuat kesimpulannya, PAS lebih mengutamakan PAKATANnya berbanding dengan Pesuruhjaya Negeri PAS. Jika Pesuruhjaya PAS negeri diketepikan, apatah lagi rakyat jelata, jika mereka ini dapat memerintah negara. Fikir-fikirkanlah bersama.
Post a Comment