Kertas bocor: Musa nafi siasat menteri
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan malam tadi menafikan laporan berita yang memetik beliau sebagai berkata bahawa ada menteri akan dipanggil bagi membantu siasatan kes penyiaran dan penyebaran kertas kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Bukit Aman, dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, menjelaskan bahawa Musa tidak pernah menyatakan bahawa menteri akan dipanggil bagi tujuan itu ketika menghadiri satu majlis di ibu pejabat polis daerah Ampang Jaya pagi semalam.
"Apa yang beliau (Musa) katakan adalah saksi atau individu akan dipanggil bagi membantu siasatan dan kenyataan mereka diambil," kata Penolong Pengarah Pengurusan bagi Hal Ehwal Awam ACP Lai Yong Heng dalam kenyataan itu. - + selanjutnya

0 comments:
Post a Comment