Peguam Negara diarah jawab S'gor
Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Peguam Negara menjawab afidavit balasan yang difailkan kerajaan Selangor berhubung permohonannya (Peguam Negara) bagi mengisytiharkan pekeliling yang mengarahkan pegawai dan kakitangan kerajaan negeri membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada waktu pejabat dengan kehadiran peguam, sebagai tidak
sah dan terbatal.
Timbalan Pendaftar Mohd Hafizi Abdul Halim ketika mengeluarkan arahan itu di dalam kamarnya juga memerintahkan Peguam Negara menjawab permohonan yang difailkan Kerajaan Selangor pada Jumaat lepas bagi membatalkan saman pemulanya itu.
Mahkamah turut menetapkan 15 Sept ini untuk sebutan semula kes.
Peguam Kanan Persekutuan See Mee Chun hadir mewakili pihak plaintif, sementara pihak defendan diwakili peguam Yusmadi Yusoff. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment