'Najib, dengar abang kamu nak bagi nasihat' - kata Anwar

[...] “Kita berterima kasih kepada rakyat, siapa jangka kita boleh pukul kuat sehingga tumbang kerajaan-kerajaan negeri termasuk di Selangor dan oleh kerana Selangor jatuhlah, maka pemimpin Umno dan Perdana Menteri sekarang, dia tidak lepas lagi marahnya.
“Negeri lain dia mungkin tidak marah, Kelantan, Penang ok tapi Selangor tidak. Saya hendak bagi tahu Datuk Najib, ya atau tidak? Boleh atau tidak? Bukan awak yang tentukan tetapi Selangor yang tentukan,” katanya.
Beliau turut memperingatkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar tidak membuat tindakan di luar batasan sehingga boleh membangkitkan kemarahan rakyat kerana amarah orang-orang kecil di bawah tidak berpenghujung.
“Okay, dia kata hendak rampas Selangor macam hendak rampas Perak. Najib, dengar abang kamu nak bagi nasihat, jangan kamu ingat boleh pisang berbuah dua kali, jangan kamu ingat boleh rampas Selangor sewenang-wenangnya.- + selanjutnya
![]()
1 comments:
Abang orang mana??? Saya orang Jawa...
Post a Comment