Rakan WARTAMAYA

Monday, September 7, 2009

MyKad: Siasat dakwaan kaitkan ketua kampung

KOTA KINABALU 7 Sept. — Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman meminta pihak berkuasa yang berkenaan membuat siasatan rapi berhubung dakwaan yang mengaitkan ketua kampung dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam urusan mempermudahkan pendatang tanpa izin mendapatkan Mykad di bahagian pantai timur Sabah.

Musa yang juga pengerusi jawatankuasa keselamatan negeri berkata, kerajaan Sabah memandang serius perkara itu kerana ia mungkin membabitkan penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Jika benar, kita tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan penyalahgunaan kuasa. Kerajaan tidak sekali-kali membenarkan perkara ini berlaku,” katanya. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list