Calon AJK Kerja Pusat MIC buat laporan polis selepas diugut
SHAH ALAM 8 Sept. — Seorang calon Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang berikutan panggilan telefon ancaman bunuh ke atasnya yang diterima oleh isterinya, P.Thanaletchumy.
Ketua Polis Daerah Klang, ACP Mohamad Mat Yusop mengesahkan laporan dibuat oleh calon itu, K.P. Samy pada pukul 3.30 petang.
Mohamad berkata, panggilan itu mengancam bunuh jika Samy yang akan bertanding pada pemilihan MIC 12 Sept. ini tidak menutup mulut.
Suspek belum dapat dikenal pasti kerana panggilan itu dibuat ke telefon rumahnya 03 33711913, katanya. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment