Rakan WARTAMAYA

Sunday, September 13, 2009

Kuasa rakyat tentukan kelangsungan BN - Najib

TAWAU 13 Sept — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan negara ini kuasa rakyat yang akan menentukan kelangsungan kuasa Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata bagi memastikan BN terus mendapat mandat memerintah negara ini, parti berkenaan perlu bersifat adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan kepercayaan.

“Ini semua adalah kerana kalau kita dapat pertahankan hak semua kaum dan berlaku adil maka rakyat akan lebih senang kepada kita dan inilah juga perinsip kerajaan kita iaitu kerajaan BN.

“Kita akan ambil kira semua golongan supaya mereka tidak berasa terpinggir atau jauh hati daripada kita malah setiap kelompok, setiap kumpulan, setiap kaum akan dapat pembelaan sebaik-baiknya melalui dasar kerajaan kita iaitu kerajaan BN,” katanya. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list