Rakan WARTAMAYA

Thursday, September 10, 2009

Kemunculan KDSB dan kebangkitan Tiong...

Seandainya skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) tidak terbongkar, maka Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang dikuasai "orang kuat" Barisan Nasional, Tiong King Sing akan terus berselindung di dalam ribuan syarikat pembinaan, memeras kekayaan negara tanpa disedari ramai.

KDSB kini menjadi isu hangat dalam media. Polis telah membekukan akaun KDSB menggunakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001, setelah meneliti hasil siasatan isu PKFZ daripada Kementerian Pengangkutan.

Apakah wajah sebenar KDSB? Jelas, KDSB hanyalah salah satu catur dalam permainan politik Barisan Nasional untuk memunggah kekayaan ekonomi negara. Skandal ini memperlihatkan bagaimana Tiong berkongsi kek PKFZ bersama UMNO, dan MCA sebagai catur yang penting, turut merasai sebahagian kek ini melalui Kementerian Pengangkutan yang dikuasainya. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list