Rakan WARTAMAYA

Thursday, September 10, 2009

Bahaya Facebook - Obama

WASHINGTON 9 Sept. - Presiden Barack Obama memberi amaran kepada remaja Amerika Syarikat (AS) tentang bahaya mendedahkan terlalu banyak maklumat peribadi di dalam laman-laman jaringan sosial Internet, memandangkan ia boleh mengganggu hidup mereka pada masa akan datang.

Beliau berkata demikian selepas kajian terbaru mendapati semakin ramai majikan AS yang merujuk ke laman seperti Facebook dan Myspace untuk memeriksa latar belakang pemohon kerja.

Dalam satu sesi soal jawab dengan sekumpulan pelajar sekolah berusia 14 dan 15 tahun, Obama ditanya oleh seorang pelajar tentang bagaimana menjadi Presiden.

"Saya akan beri kamu satu tip yang mudah dipraktikkan. Pertama sekali, kamu semua perlu berhati-hati dengan apa yang kamu hantar di dalam Facebook, kerana dalam era Youtube ini, apa saja yang kamu lakukan boleh dicungkil kembali pada masa akan datang," ujarnya. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list