Rakan WARTAMAYA

Sunday, September 13, 2009

Enggan tetap tarikh berundur

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu tidak akan menetapkan tarikh pengunduran beliau walaupun semua calon yang disokongnya menang pada pemilihan kali ini.

Beliau berkata, perkara tersebut tidak boleh dilakukan kerana langkah berkenaan akan menyebabkan parti itu menjadi tidak stabil.

“Saya telah sebut bahawa ini penggal saya yang terakhir tetapi saya tidak mahu menyatakan esok atau lima bulan lagi saya akan berundur kerana ini hanya menyebabkan gengster datang untuk menimbulkan kekecohan dalam parti.

“Saya tidak akan membuat apa-apa pengumuman mengejutkan pada masa sekarang dan sebarang kenyataan mengenai pengunduran hanya dibuat pada waktu yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengunjungi pusat media Perhimpunan Agung MIC Ke-63 di sini hari ini. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list