Rakan WARTAMAYA

Sunday, September 13, 2009

Beza Rasuah Seringgit dengan Berbillion Ringgit

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) pernah berkali-kali menyatakan secara terbuka bahawa rasuah seringgit dengan rasuah berbilion-bilion ringgit tiada perbezaan bagi SPRM. Ini merupakan pendekatan yang silap.

Walaupun benar bahawa rasuah seringgit dan rasuah berbilion-bilion ringgit tiada perbezaan dari segi jenayah, tetapi ianya berbeza dari segi kesan dan impak negatifnya terhadap kerajaan, rakyat dan negara.

Kegagalan SPRM membezakan tahap keseriousan sesuatu jenayah rasuah merupakan satu kegagalan yang tidak boleh dimaafkan.

SPRM boleh mendakwa seorang yang bersalah kerana mengambil rasuah beberapa ratus ringgit, SPRM juga boleh berbuat demikian terhadap mana-mana individu yang merasuah berbilion-bilion ringgit. Tetapi dari segi impak negatifnya, SPRM perlu memberi lebih penekanan terhadap kes-kes berprofil tinggi dan kes-kes yang melibatkan amaun yang besar kerana kes-kes inilah yang akan memberi kesan negatif terhadap ekonomi, pentadbiran dan pembangunan negara.

Apa yang dikesali ialah kegagalan SPRM atau yang sebelum ini - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list