Rakan WARTAMAYA

Tuesday, September 8, 2009

Dakwa peserta bantah kuil bukan politik

[...] Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata keputusan untuk mendakwa peserta demonstrasi - yang membantah pemindahan kuil ke Seksyen 23 Shah Alam yang memijak kepala lembu dan berucap ketika melakukan perbuatan itu - bukan satu pertimbangan politik.

Sebaliknya, beliau berkata sesiapa sahaja yang perlu dikenakan tindakan, maka tindakan akan diambil.

"Ada hikmahnya, dan sekiranya ada orang nak bawa kepala babi pula, tindakan yang setimpal akan diambil terhadap mereka.

"Mereka yang nak buat protes tanpa kawalan di mana, mana-mana pihak boleh mengeksploitasikannya, akan memikirkannya dua tiga kali sebelum berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan kementerian itu di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail semalam bahawa peserta demonstrasi itu akan didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 atau alternatifnya Kanun Keseksaan. - + selanjutnya
Share/Bookmark

5 comments:

Kamal Sanusi September 8, 2009 at 2:10 PM  

Kalo bukan politik, kenapa lambat sangat nak buat keputusan nak mendakwa.

At first place, why police took no action during the demonstration? Why need to ask the superior on what to do with the demonstrators? Why KerisMudin met them at his office?

Soklan yang paling utama utk menentukan samada pendakwaan ini bukan politik adalah:-

HINDRAF candlelight vigil punya ramai kena tangkap on the spot. Polis tau pulak nak buat kerja menangkap. Mau ka KerisMudin berjumpa dengan depa semua?

Tipu ahli umno buleh laaa... Tipu ahli umno yg ada akal fikiran bukan senang... Tipu bukan ahli umno lagi susah.

Kah kah kah...

Anonymous,  September 8, 2009 at 2:20 PM  

demo dah lama sampai orang dah lupa, tapi nak pilihanraya pinang tunggal keluar pula cerita..... memang UBN dah nyanyuk... tumbangkan BN PRU13

mioo,  September 8, 2009 at 2:27 PM  

kenapa nak marah kalau org bawak kepala babi?

mioo,  September 8, 2009 at 2:28 PM  

kenapa nak marah kalau org bawak kepala babi?

Anonymous,  September 8, 2009 at 3:09 PM  

UMNO kalau kata bukan betullah tu.....

Blog list