Rakan WARTAMAYA

Tuesday, September 8, 2009

Ahmad Said ditegur kerana kaitkan Teoh bunuh diri

[...] Dalam satu kenyataannya, Koh berkata, Ahmad Said dan para pegawai kanan SPRM sepatutnya mengelakkan diri dari mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan dan juga inkues terhadap kematian Teoh.

"Mereka hendaklah lebih sensitif terhadap perasaan keluarga Teoh yang kehilangan orang yang disayangi, tidak kira sebab kematiannya yang menjadi topik siasatan," kata beliau.

Teguran Koh itu dibuat berikutan kenyataan Ahmad Said bahawa Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) mempunyai beberapa kes suspek membunuh diri.

"Walaupun ini mungkin kenyataan fakta berkaitan ICAC, komen terbuka oleh ketua SPRM ketika siasatan sedang berjalan boleh dianggap cuba mengandaikan bahawa bunuh diri mungkin menjadi sebab kematian Teoh, sedangkan siasatan belum mencapai keputusan konklusif," kata beliau. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list