Peruncit Melayu pupus?
PETALING JAYA 12 Ogos - Kedai- kedai perniagaan runcit milik peniaga Melayu diancam kepupusan sekiranya tiada usaha dilakukan untuk menyelamatkan mereka.
Tinjauan yang dilakukan mendapati kira-kira 12,000 peniaga Melayu kini dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan' untuk meneruskan perniagaan tersebut, kata Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Syed Ali Alattas.
Malah, tambah beliau, dianggarkan kira-kira 480 buah kedai runcit milik golongan berkenaan kini dalam proses dilelong.
Syed Ali berkata, peniaga runcit khususnya golongan Melayu tidak mampu lagi meneruskan kelangsungan operasinya setelah lebih 40 peratus jualan dalam pasaran dikuasai oleh pasar-pasar raya besar.
''Keadaan ini mungkin tidak berlaku sekiranya kerajaan mengawal penubuhan pasar-pasar raya besar di negara ini khususnya di bandar-bandar.
''Sekarang, yang menanggung akibatnya adalah peniaga kecil Melayu yang hanya mampu meraih pendapatan tidak lebih RM3,000 hingga RM5,000 sebulan.
''Sedangkan, pasar-pasar raya besar mampu meraih jualan sebanyak RM1 juta sehari,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - + selanjutnya
4 comments:
Kerajaan atau pihak yg berkenaan harus melakukan sesuatu untuk membantu kearah kelangsongan ekonomi orang melayu;
Contoh : Kalau masuk supermasket Giant atau yg seumpama dgnnya nak cari cili sos aminah hasan tu payah. Kalau ada pun sekadar hiasan sahaja berbandingkan dgn jenama lainnya. Kenapa jadi begini?
Semasa teman pi pameran HALAL yg beberapa bulan yg lepas di jalan Duta (MIHAS) baru lalu..Bertapa banyak product halal lagi bumiputra tapi berapa kerat saja yg ada kat s/market.
HAHAHAHAHA sbb apa produk halal melayu susah nak masuk supermarket? nanti aku bagitau hang jangan marah nooo.
sbbnya ketuanan supermarket jauh lebih hebat dari ketuanan melayu hua hua hua
Sepanjang menjadi pemerhati peniaga2 melayu, mengikut ayah pergi ke persatuan melayu niaga itu dan ini,ketahuilah kerajaan tak pernah bersungguh2 membantu melayu berniaga. Kalau ada peruntukan, semua org Umno dapat, siapa pun yg tak tau kan. Kalau ada pinjaman, susah gile nak bagi macam la duit tu pegawai tu punye. Lepas tu nak pinjam duit RM 10 000 je, isi form macam la nak pinjam setengah juta.
Pengusaha2 Melayu nih bila PR perinah nanti taula pulak nak mintak pampasan lah, gantirugi lah apa2 ntah walaupun kerosakan tu telah disebabkan dasar2 oleh kerajaan BN yg ada sekarang.
Post a Comment