Rakan WARTAMAYA

Thursday, August 13, 2009

Imbas : Punk rekrut ahli baru

Harian Metro 050307
MELAKA: Sekumpulan remaja punk dianggotai segelintir pelajar sekolah menengah di bandar ini yang sudah `tenggelam’ sejak hampir lapan bulan lalu, kini dikesan kembali aktif pada bulan lalu.

Kumpulan berkenaan dipercayai sedang merekrut pengikut baru di kalangan remaja berusia 14 hingga 16 tahun.

Mereka menjadikan sebuah pusat beli-belah di Bandar Hilir di sini, sebagai tempat pertemuan dan berkumpul sebelum berarak beramai-ramai menuju ke `port’ lama di sebuah kedai tinggal di Plaza Mahkota.

Di kawasan berkenaan, remaja terbabit yang bercampur lelaki dan perempuan akan meminum arak sambil menghidu gam.

Mereka memakai seluar denim ketat selain berambut `spike’, memakai rantai dan gelang serta berkemaja-T gelap yang mempunyai gambar kumpulan ataupun perkataan berkaitan punk.

Kumpulan terbabit sebelum ini menghilangkan diri selepas Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) mengadakan operasi besar-besaran menggempur kawasan hitam itu, sebelum ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata kumpulan itu menjadikan cuti hujung minggu untuk mengadakan pertemuan.

Berdasarkan risikan, sebelum ke `port’ berkenaan, remaja punk terbabit akan singgah ke sebuah kedai runcit di situ bagi membeli minuman keras.

“Kumpulan berkenaan dianggota kira-kira 20 remaja akan memilih kedai kosong terbiar sebagai tempat melepak.

“Mereka akan berbual kosong sambil membuat bising di kawasan berkenaan sehingga bosan sebelum beredar,” katanya kepada Harian Metro.. - + selanjutnya
Share/Bookmark

1 comments:

TOK LEBAI,  August 13, 2009 at 1:12 PM  

HA APA LAGI...NI LAH MASANYA "ALI KETAM" PATUT MANSUHKAN PENJUALAN ARAK NEGERI MELAKA.....JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKINNNNN!!!!!....ALI KETAM BERTINDAK LE HOOOOIIIIII!!!!!!!!...NAK JUGA TENGOK ALI KETAM ISTIARKAN "MELAKA BEBAS ARAK".....BARU BETULLL!!!

Blog list