Rakan WARTAMAYA

Sunday, August 30, 2009

Persediaan untuk pulang ke kampung ... JIMAT MINYAK


Bulan puasa ni .. ramai yang ulang alik ke kampung. Ada yang terpaksa ... mungkin ada urusan. Oleh itu .. mari kita sama sama jimat kan penggunaan minyak.
Ikuti nasihat berikut.

Bersama-sama kita jimatkan petrol demi memulihara alam sekitar!
Berikutan daripada harga minyak antarabangsa yang melambung naik, harga minyak tempatan turut meningkat dengan mendadak, secara tidak langsung telah mengakibatkan kenaikan harga barangan. Keadaan ini memberi impak yang besar kepada orang ramai, khususnya mereka yang membawa kereta, apatah lagi gaji pula kekal sama. Anda disarankan mempraktikkan cara-cara menjimatkan petrol seperti berikut demi menyelamatkan diri kita dan memulihara alam sekitar.

Semasa hidupkan enjin
• Elakkan menekan minyak dengan kuat, tambahkan kelajuan secara perlahan-lahan
Berbanding menambahkan kelajuan secara perlahan-lahan, menekan minyak dengan kuat akan menyebabkan penggunaan petrol bertambah sebanyak 2 hingga 3 kali ganda. Tabiat pemandu yang kasar, contohnya menekan minyak dengan kuat atau tiba-tiba menekan brek, boleh menyebabkan penggunaan petrol bertambah sebanyak 30%. Jadi, pandulah dengan cermat untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar dan menyenangkan sepanjang hari.

Memandu sambil memanaskan kereta
Kebanyakan kereta pada masa sekarang tidak lagi menggunakan karburetor, jadi enjin kereta tidak perlu dipanaskan sebelum berjalan. Tarikkan injap sambil membawa kereta dapat memanaskan enjin secara perlahan-lahan. Pandulah kereta dengan kelajuan yang biasa sambil memanaskan kereta anda. Selepas 1 – 2 km, enjin kereta anda akan mencapai suhu yang sesuai.

Semasa isikan minyak
Jangan bertindak keterlaluan
Apabila pam minyak berhenti secara automatik, bermakna tangki minyak telah penuh dan harus alihkan muncung bagi mengelakkan lebihan pengisian. Keadaan ini samalah seperti anda dipaksa makan bila perut sudah kenyang. Minyak berlebihan akan menumpah keluar jika kereta anda berjalan di atas jalan raya yang tidak rata. Keadaan ini bukan sahaja membazirkan, malah tidak mesra alam.

Dalam perjalanan
Kekalkan jarak yang selamat dan elakkan menekan brek secara mengejut
Kelajuan kereta akan berkurangan atau berhenti jika brek ditekan, jadi enjin perlukan petrol yang lebih untuk menggerakkan semula kereta daripada gear rendah atau daripada keadaan statik.

Elakkan memecut!
Semasa di lebuh raya, anda barangkali akan menambahkan kelajuan tanpa disedari sambil menikmati keseronokan memecut yang tak terpada. Memecut bukan sahaja akan meningkatkan penggunaan petrol, malah juga akan meningkatkan risiko ditimpa kemalangan jalan raya.

Perintang
Ramai yang suka pasangkan bendera kecil atau aksesori dan kelengkapan lain pada bumbung kereta. Benda-benda seperti itu sebenarnya merupakan perintang yang akan membebankan kereta anda dan memperlambatkan kelajuan kereta anda, seterusnya menambahkan penggunaan petrol.

Elakkan kerap menekan brek
Asyik merehatkan kaki kanan anda pada brek dan menekan brek bukan sahaja menambahkan penggunaan perol, bahkan juga akan memendekkan hayat brek kereta. Keadaan ini juga akan membahayakan pemandu yang mengikut di belakang kereta anda.

Tayar lebar dan rendah lebih stabil tetapi lebih tinggi penggunaan petrol
Sesetengah pemandu suka menukar tayar lebar dan rendah yang lebih luas permukaannya demi menikmati pemanduan yang lebih stabil semasa memecut. Oleh kerana permukaan tayar yang bersentuhan dengan jalan adalah lebih luas dan menyebabkan geseran yang lebih kuat, jadi ia perlukan kuasa enjin yang lebih. Keadaan ini akan meningkatkan penggunaan petrol, khususnya bermula daripada keadaan statik.- + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list