Rakan WARTAMAYA

Sunday, August 30, 2009

Jangan sampai rakyat bosan

BERA 29 Ogos - MCA diminta menyelesaikan segera isu dalaman parti itu bagi mengelak rakyat bosan sehingga boleh menjejaskan keutuhan Barisan Nasional (BN).

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha memperkukuhkan parti bukan sahaja tertumpu kepada UMNO tetapi parti-parti dalam komponen BN juga perlu mengambil tindakan sama.

Katanya, parti lain juga perlu menjadi lebih mantap bagi memperkuatkan BN dan menarik semula sokongan kaum masing-masing supaya bersama-sama kerajaan dalam pilihan raya akan datang.

"Saya bersetuju kita tidak boleh campur tangan urusan dalaman parti lain tetapi kepimpinan parti dalam komponen BN perlu kukuh dan stabil.

"Sokongan kaum Cina kepada BN masih belum jelas dan jika MCA terus bergolak usaha menarik sokongan kaum tersebut menjadi bertambah sukar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Nur Hidayah dan Tadarus al-Quran anjuran Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Parlimen Bera di sini hari ini. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list