Rakan WARTAMAYA

Friday, August 14, 2009

Peguam ditahan ketika cuba wakili saksi

[...] Ginie Lim, aktivis PKR, yang bertugas sebagai ketua pegawai perhubungan awam kerajaan Selangor memberi keterangan pagi tadi di hadapan tiga anggota pesuruhjaya, yang dipengerusikan oleh Dato' Muhammad Shafee Abdullah, beserta Dato' Dr Michael Yeoh dan Dato' Dr Denison Jayasooria.

Siasatan awam ini dibuat ekoran tindakan polis menangkap tujuh peguam yang cuba memberikan khidmat guaman mereka kepada 12 yang ditahan kerana didakwa berhimpn secara haram bagi membantah rampasan kuasa di Perak. Para peguam ini ditahan ketika cuba menghubungi anak guam mereka di Balai Polis Brickfield.

Ginie menjelaskan pada malam kejadian, dia dan beberapa rakan berada di luar balai polis untuk menyatakan sokongan dan solidariti kepada rakan mereka Wong Chin Huat yang ditahan termasuk membantah tindakan Barisan Nasional 'merampas' Perak daripada Kerajaan Pakatan Rakyat.

"Kami sudah nak bersurai, tetapi tiba-tiba ditangkap dan dibawa masuk ke balai. Saya menghubungi peguam Lateefa Koya untuk membantu mewakilinya, namun mencadang dua peguam yang lain. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list