H1N1 : PM enggan adakan sidang khas parlimen
KUALA LUMPUR, 14 Ogos :Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar kesal dengan sikap Perdana Menteri yang tidak memberi sebarang respons terhadap cadangan beliau agar diadakan sidang parlimen khas bagi membincangkan penularan wabak H1N1 yang semakin serius di Malaysia.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sidang parlimen khas itu sangat penting bagi membolehkan satu kertas putih dibentangkan berhubung permasalahan yang melanda.
"Dengan adanya sidang khas ini, tenaga semua pihak termasuk ahli parlimen Pakatan Rakyat boleh digemblengkan dalam usaha menangani penularan wabak ini," ujar beliau kepada Harakahdaily. - + selanjutnya
2 comments:
Jikalau saya Menteri Kesihatan,saya meletak jawatan kerana gagal. KPI saya E.Kematian melebihi 50 orang,tanda gagal.Dan MCA tidak layak jadi menteri. Dulu JE kini H1N1
Hari ini bos aku dari Jepon balik dan mula bekerja.....tengok aku pakai topeng muka......dia pun cakap pada aku (bahasa inggeris jepon) kita kene dengar betul2 kalau tak kita tak faham .....sebab dia tak belajar PPSMI di jepon.....dia kata malaysia memang teruk.....flu ramai dah mati.....kita pun cakap lah bos balik dari over sea saya kene hati2 dari maklumat terkini....dia jawab no no no no don worry...jepun beri suntikan segala wabak pada semua rakyat jepon pada setiap tahun secara percuma......terkejut saya dengar.... baru aku tahu negara yang tak islam tu lagi jaga kepentingan rakyat dan rakyat di dahulukan..........wwoooooiii!!!!!!pak menteri 1 malaysia......mananya yang didahulukan?????...semua pembohong habis satu malaysia ditipunya...
Post a Comment