Mukhriz kesal tindakan guna kepala lembu
JITRA: Anggota Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir kesal dengan tindakan sekumpulan penunjuk perasaan yang turut menggunakan kepala lembu sebagai membantah cadangan penempatan semula kuil Hindu di Seksyen 21 Shah Alam.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata tindakan keterlaluan yang boleh menimbulkan rasa kurang senang kaum lain tidak seharusnya timbul, kerana setiap masalah yang wujud boleh diselesaikan melalui rundingan.
"Saya berharap semua pihak supaya bertenang dan jangan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian kaum di Malaysia," katanya. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment