Rakan WARTAMAYA

Tuesday, August 11, 2009

Menjawab Fitnah Isu Pengkhianatan



—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA— Petaling Jaya, 11 Ogos 2009

Pimpinan UMNO dan konco-konco mereka memintal propaganda yang memanipulasi simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja dengan hasrat agar pemikiran rakyat kembali sempit dan mundur. Ini bukanlah kali pertama saya menjadi sasaran di dalam isu pengkhianatan ini. Mereka telah mencuba puluhan kali sebelumnya. Usaha terbaru dengan menghebahkan isu pengkhianatan ini jelas menjadi petanda mereka kian terdesak.

Saya tidak berhasrat untuk terjebak di dalam pertikaian peribadi dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya akan hanya berhujah dari sudut dasar. Perlu saya tekankan pandangan saya dan Pakatan Rakyat jelas walaupun tidak disiarkan oleh media milik UMNO. Kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang ditandatangani oleh YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan saya sendiri pada mesyuarat 8 September 2008, menegaskan komitmen kami menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Kita menyakini mempunyai hujah-hujah yang cerah dan jitu untuk menangani politik kebencian pimpinan UMNO yang memperolok simbol-simbol bangsa, agama dan raja, semata-mata untuk mengekalkan kekuasaan dan menutup pekong rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa.

Pengkhianatan amanah rakyat oleh pimpinan UMNO berterusan dengan skandal penyelewengan dana awam berbillion ringgit di atas nama komisen pembelian senjata, mengaut saham, kontrak dan lesen yang diperuntukkan untuk bumiputera tetapi dikaut oleh keluarga serta kroni mereka.

Kita juga tidak lupa bahawa pimpinan UMNO-lah yang menghina institusi Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 dan 1993. Malahan mereka menghina Islam dengan memperbanyakkan lesen perjudian serta menggadai gunung dan bukit kepada tauke-tauke judi terbabit. Hatta pentadbiran UMNO sanggup menggadai kepentingan petani dan peraih kecil Melayu dengan menjual saham Bernas kepada syarikat asing.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat

dipetik : anwaribrahimblog
Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  August 11, 2009 at 3:19 PM  

Maka berwasiat lah raja melayu semasa sebelum merdeka yang 50 peratus tanah air ini sebagai rizeb melayu dan lagi 50 peratus itu berebut-rebutlah antara kamu....siapa pengkhianat dan dikhianati.....tepuk dada tanya jawaban..

kawitansarik

Anonymous,  August 11, 2009 at 4:07 PM  

Ya itu dia DS Anwar Ibrahim strike back dan akan terkedulah juak-juak UMNO/BN yang tak habis-habis memainkan isu racial dan agama untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia...

Tahniah DSAI kerana melakukan offensive terhadap gerombolan UMNO/BN yang tidak bermaruah ini.

-Reformis 1998-

Blog list