H1N1 : Johor catat 2 kematian baru
JOHOR BAHRU 11 Ogos - Johor hari ini mencatatkan dua kes terbaru kematian akibat jangkitan selesema babi atau influenza A (H1N1), menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu meningkat kepada sembilan kes.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai berkata, dua kes itu membabitkan mangsa berumur 43 dan 51 di Batu Pahat yang kedua-duanya meninggal dunia semalam.
Menurutnya, dalam dua kes itu, walaupun mangsa-mangsa meninggal dunia semalam namun mereka hanya disahkan mati akibat H1N1 hari ini. - Utusan
0 comments:
Post a Comment