H1N1: Usah bawa terlalu ramai penyokong
PULAU PINANG 14 Ogos - Polis meminta parti-parti yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir tidak membawa kumpulan penyokong yang terlalu ramai berikutan penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) ketika ini.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, peringatan ini perlu dilakukan pihaknya kerana pada masa ini bilangan angka kematian akibat wabak itu kian meningkat.
Menurutnya, mereka yang terlibat dalam kempen pilihan raya perlu memberi keutamaan terhadap aspek kesihatan, terutamanya golongan berisiko tinggi dijangkiti wabak itu seperti kanak-kanak, warga emas dan mereka yang berpenyakit.
"Polis menjangkakan jumlah kedatangan penyokong dari luar agak besar. Ini secara tidak langsung mendedahkan orang ramai kepada penyakit ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment