Rakan WARTAMAYA

Saturday, August 15, 2009

Istana Abdul Aziz dikuarantin sehingga Ahad

KUANTAN 14 Ogos - Istana Abdul Aziz di sini dikuarantin sehingga Ahad ini berikutan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama lima anakanda baginda dijangkiti selesema babi atau influenza A (H1N1).

Berikutan itu, tiada kaum kerabat termasuk kakitangan dibenarkan keluar dari kawasan istana sejak Tengku Puan Pahang dimasukkan ke Wad Diraja Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini selepas dijangkiti penyakit itu sejak Sabtu lalu.

Ketika mengesahkan perkara itu, Tunku Azizah Aminah Maimunah bertitah, selain kaum kerabat dan kakitangan dilarang keluar dari istana, pihak luar termasuk pekerja yang menjalankan kerja-kerja di pekarangan istana, juga tidak dibenarkan masuk.

''Tiada siapa dari dalam istana dibenarkan keluar, pekerja dari luar pun tidak dibenarkan masuk sehingga 16 Ogos ini,'' titah baginda menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list