Rakan WARTAMAYA

Thursday, June 11, 2009

Pemimpin tolong jangan jadi samdol

Bukan senang nak jadikan satu satu parti tu stabil. Cakap boleh la. Musuh kat luar ada, siap pasang ejen kat dalam. Tengah syok syok, ada la plak mangkuk hayun buat hal. Ye la .. namanya pun politik.

Keteguhan parti datang dari beberapa faktor. Ada faktor pemimpin, penyokong dan parti musuh. Benci pada yang satu, ramai ramai berhijrah ke parti satu lagi.

Berita yang mesti di baca ... Cawangan Kelab Penyokong lebih banyak dari Cawangan PAS.

Fahamkan maksud berita tu. Pemimpin kena guna akai sikit. Jangan ada politik di dalam politik. Jatuh menjatuh. Kita di minta bersatu, menentang musuh. Tetapi yang meminta kita bersatu itu lah sedang mencipta musuh antara mereka. Korang tak malu ke?

Bila antara pemimpin pun kecoh .. akar umbi pun ikut heboh. Tak pasal ...... aku pun kena maki sama. Nko maki aku, aku maki nko .. padan muka masing masing.

Tanggung jawab aku masih sama. Kalau tak betul kitorang komen. Kita tak mahu, "Hah dulu dia kata parti ni bagus, sekarang dia kata tak bagus plak". Bila kritik BN, orang UMNO kutuk. Bila kritik PR, orang PAS datang kutuk. Cam tu la hidup ni. Tu pasal kita semua kena pantau antara satu sama lain. Pemimpin pantau kita, kita pantau pemimpin. Kalau satu goyang .. mano den nak lotak muko? Jangan sampai lencong tujuan.

Wartamaya terus sokong PR, walaupun yang di hantar itu tunggul. Tapi ingat wahai pemimpin ! .. bukan tiap tiap hari kita nak undi tunggul. Sekali tak per .. dua kali kalu .. "Oiii buta ke?!!!"
Ada masanya juga kita teringin nak undi kerbau.

Kalau tiap tiap kali pilih tunggul, nampak sangat pemimpin parti tu pun samdol.

Kalau dah semua samdol .. tak payah berangan nak berpolitik la.....
Ok settle? ... jom kita ke Manek Urai .... !!!
Share/Bookmark

3 comments:

Anonymous,  June 11, 2009 at 7:00 AM  

ULASAN

Sebelum ini sebahagian penyokong KPP adalah ahli PKR. Oleh kerana ramai ahli PKR kaum lain tidak mendapat perhatian yang baik dari orang kuat PKR Kuala Selangor terutama KS ada seorang MB.

Kesannya untuk langkah terbaik, 1800 ahli ahli ini diserapkan kedalam KPP ini, cuba semak jumlah JDM di PKR Bhgn Kuala Selangor angkanya hampir sama. Hampir 30 JDM telah berpindah ke PAS.

Semuanya berpunca kepada....

"kita bukan mau dia punya wang...kita mau tengok dia punya muka saja..."

Jadi saya serahkan kepada anda semua untuk mengulas lanjut

Anonymous,  June 11, 2009 at 7:09 AM  

30 JDM ke KPP?
ni maksudnya ada orang dah kecewa dengan wakil rakyat.

Tak tengok muka? Memang betul, ramai orang tak tengok muka YB. Dulu lepas menang, banyak jadual. Turun naik, turun naik. Sekarang ni YB tak turun naik. Semua dah terjelepok.

YB lepak, Ketua JDM pun tak ada kuku nak bantu.

Lu pikir la sendiri.

Yong June 11, 2009 at 9:44 AM  

Samdul mandul. Itule jadi kiranya Pemimpin PAS degil bebenor nak naik bahtera UMNO yang dah nak karam tu. Bukan hanya PAS tak dapat anak, mungkin sedara mara pun tak sior nak datang kenduri kahwin miker.

Blog list