Rakan WARTAMAYA

Wednesday, June 10, 2009

Imbas : MUSTAFA ALI PERLU DISINGKIR DARIPADA PAS - SIRI 1

Baca artikel yang pernah di keluarkan oleh Tun Telanai pada Bulan September 2008,

[...] Dalam temu ramah dua muka surat penuh itu [MS : 10 dan 11] dengan bangga beliau membuat analisis Anwar Ibrahim yang mewakili Pakatan Rakyat akan gagal mengambilalih kerajaan persekutuan kerana beberapa faktor yang dilontarkannya itu boleh diperbahaskan. Saya tidak bercadang untuk membincangkan faktor-faktor tersebut kerana nampak benar kita tidak faham Perlembagaan negara.

Sebelum itu, Mustafa telah membuat satu kenyataan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia [UM] pada 11 September 2008, menyebut berulang kali bahawa Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR [maksudnya : Pakatan Rakyat] akan gagal mengambilalih kuasa daripada tangan UMNO, faktornya sama apa yang dikutip oleh Harakah. [sini]

Fikiran saya tertanya-tanya : Apakah agenda tersembunyi yang cuba dibawa oleh Harakah [mewakili suara PAS] yang diwakilkan kepada Ketua Pengarangnya, Ahmad Lutfi Othman, Zulkifli Sulung, Mohomad Sayuti Omar dan Tarmizi Mohd.Jam. Adakah misi yang dibawa oleh Harakah itu bercadang membunuh Pakatan Rakyat khususnya politik Anwar Ibrahim atau adakah Harakah cuba memberi bantuan kecemasan membina semula kekuatan UMNO yang semakin tidak popular dan kini berada dalam situasi yang amat gawat dengan harapan untung-untung UMNO kembali pulih dan beberapa kerat para pemimpin PAS dari golongan oppotunist ini dapat habuan duniawi?

Kenyataan Mustafa Ali mendapat tentangan dan kemarahan daripada Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan. Dalam satu kenyataan yang tidak disiarkan oleh Harakah, beliau habis-habisan menentang cubaan Mustafa Ali mengalihkan pandangan rakyat yang bencikan kepada UMNO dan mengharap Pakatan Rakyat amblialih kuasa daripada UMNO [sini]. Setakat hari ini [18 Ogos 2008] kita belum lagi dengar pandangan daripada Presiden PAS. Mungkinkah beliau bersetuju dengan gelagat Mustafa Ali itu atau dalam istilah ‘lempar batu sembunyi tangan’? - selanjutnya di sini
Share/Bookmark

3 comments:

ISA June 10, 2009 at 9:47 PM  

Ganas wak.... ha..ha..ha... terjah... bongkarkan siapa tok dalang di belakang tabir...

Anonymous,  June 10, 2009 at 11:16 PM  

Aku dari dulu lg memang tak suka dgn Mustafa Ali nih. Tengok dari penampilan diri dia waktu muktamar lepas cam tak terurus. Macam ni ke nak pimpin kita.
Dia kena peka yg dia public figure. Segala perwatakan dan penampilan akan diambil kira oleh rakyat.

serupasekala June 11, 2009 at 12:21 AM  

Ahli pas sekelian !

Tolong bawa kes ini kemuka pengadilan atau ke SPRM isu mungkintakut ada salah guna kuasa dalam pemilihan parti baru ni.

Mstar online ( melayu ) menerbit keputusan husam menang 65 undi lebih dari nasha.( keputusan tidak resmi)

macam mana boleh berbeza denga bagitu banyak apabila keputusan secara resmi husam kalah bagitu teruk sekali.

mungkinkah ini permainan dalang dalang disebalik tabir itu.

cuba check mstar online 6/6/2009.

Blog list