Perjuangan kena ikhlas .... wakakaka !
Aku di panggil untuk membantu PKR pada sebelum dan selepas PRK12 dulu. Walaupun aku selesa hidup sendiri dan membebel sepanjang hari, tapi desakan suku sakat dan teman teman maka aku pun letak tangan dan membantu.
Pada awalnya … PKR ni memang di monopoli oleh para reformis. Ramai YB di Selangor adalah terdiri dari reformis juga tapi mereka yang berkelulusan tinggi. Soal pengalaman memerintah tak penting, tapi kelulusan itu yang di pandang. Kerana itu lah maka ada tunggul pun boleh jadi YB. MB pulak dari golongan elit yang baru 2 tahun di dalam PKR pada waktu itu. Mentah .. tapi kuat dengan ego dan sombong kerana rekod kejayaan di dalam dunia korporat atas bantuan UMNO dulu. Kalau pengalaman politik … zero beb, bertanding ketua bahagian pun dia tak pernah menang.
Sebut sahaja PKR …reformasi adalah gandingan perkataan yang cukup sesuai. Bila PR menang di Selangor, maka masing masing cerita tentang pengalaman di kejar, tangkap dan penjara. Aku sekadar pasang telinga. Tahu cerita, tapi pengalaman tiada. Sikit sikit ada, tak di iktiraf kerana orang tak kenal pun aku siapa. Soalan yang biasa …. Baju pernah jadi kunin ka? Dulu reformasi 98 hang duduk kat mana? Kalau korang tak boleh jawab … nkorang bukan lah reformis ORI.
Itu peristiwa Mac 2008 dulu, selepas menang PRU12 … sekarang pejuang reformis dah termenung sana dan sini. Dah tak der kerja. Dah tak der projek. Duduk lobi sana, dan lobi sini. Budaya baru yang dibawa oleh Anwar sekarang adalah, keutamaan kepada bekas pemimpin UMNO yang mempunyai track record dan pengaruh.
Bila budaya baru yang di bawa Anwar ini berlaku, maka reformis yang dulu berpeluh peluh duduk tengah panas, kini perpinggir, hidup tak menentu. Dah puas labor masa dan kederat untuk pastikan PKR menang, sekarang tepuk dahi mengadu hutang sana dan sini. Mahu mengarap belas, tapi pasti tak di layan. Alasan Anwar … perjuangan itu perlu ikhlas. Wakakak !! Padan muka kena tipu.
Aku nak bagi tau kat hangpa … perjuangan hangpa nak keluaqkan seorang pemimpin dari penjara aku hormati. Tapi sejauh mana berbaloinya perjuangan itu terserah kepada pemimpin yang hangpa dok perjuangkan itu.
Aku paham … anggapan kita, kalau seorang pemimpin yang sudah pernah di jerkah, dajal dan di tarbi mata nya sampai lebam, sudah pasti dendamnya akan membara. Pemimpin macam ni yang hangpa dok carik .. tapi umuq lanjut semangat pun kadang kadang semput. Nak harap pada MB .. dia dok caya pada Guthrie … lebih dari hangpa. Nak harap pada YB .. tak tau ada teloq ke tak dak?
Tapi reality politik …. Hang hang, aku aku. Hari ni hangpa ada kawan, esok hanpa gadoh sama kawan. Soal pelaburan hangpa untuk bertahun tahun bereformasi tu … hangpa halalkan saja la … kerana ‘Perjuangan kena ikhlas’. Itu kata Anwar.
Kata aku ... "Mula mula kita tolak UMNO dulu ... lepaih tu kita pikir cara lain .... "
8 comments:
perjuangan kena ikhlas walaupun anak bini kebulur tak makan,kerja kena buang,hutang bertimbun terpaksa meminjam
yang senang dan mendapat imbuhan dari perjuangan yang ada hanyalah mereka yang menumpang sahaja dan yang sedihnya mereka itulah yg lebih diraikan oleh pemimpin yg kita sendiri bergolok bergadai untuknya
'perjuangan kena ikhlas'................................piiiiiiiiiiiiiii mabuk
moh pakat pakat kito masuk UMNO semulaa,,, ha ha ha ha ha ha!!!!!!!
UMNO tak kebuloq, PKR tak kelapaq...
Ha ha ha...dua dua sama taik...
Wak Cadangan aku pada negeri...depa nak pakai pakai ..tak pakai mampos pi..aku tak kisah.
MEMPERKASA PARTI
Menyedari selama ini parti yang dipinggirkan digariskan beberapa cadangan tuntutan balas "bilateral" dari cadangan pihak pempelawa.
1) Keseluruhan Ahli diraikan, dengan memastikan semua pendaftaran keahlian sudah dikemaskinikan dan diberikan KAD AHLI disatu majlis meraihkan ahli baru dan penyerahan kad ahli atau sijil keahlian. Diberi kursus dan taklimat bagi melatih ahli ahli yang berminat tentang latarbelakang parti dan organisasi parti, termasuk AJK Cawangan secara berkumpulan.
2) Kemudahan pejabat Keadilan Bahagian dipertingkatkan dengan menyediakan satu premis khas berjangka panjang, samada bangunan yang telah dimiliki oleh parti. Mempunyai kemudahan asas termasuk bilik mesyuarat, surau, bilik bilik perbincangan dan pentadbiran. Kawasan sekitar mempunyai kawasan lapang yang boleh memuatkan lebih 1000 orang dalam satu masa. Kemudahan lain seperti papan tanda, komputer serta dewan besar yang boleh memuatkan 200-300 orang berhawa dingin. Cawangan cawangan disediakan papantanda dan mempunyai kemudahan pejabat sendiri.
3) Kualiti Jawatankuasa diperkasakan, dengan melatih kesemua Jawatankuasa dengan pelbagai kursus berkaitan termasuk pengurusan, pentadbiran parti juga termasuk perundangan. Memberi imej baru kepada semua jentera parti dari Jawatankuasa Bahagian, Wanita dan AMK. Semua setiausaha dilatih menggunakan ICT. Ketua ketua penerangan diberi latihan pidato dan media serta teknik penulisan. Semua keperluan kursus adalah ditanggung oleh parti. Jentera pilihanraya khas dilatih, termasuk unit lapangan, srikandi dan skuad.
4) Peluang samarataan ekonomi, menyediakan peluang ekonomi kepada orang parti dalam bentuk peluang kerja yang disusun secara rapi dan memenuhi keperluan jenis kerja mengikut kemampuan kelayakan orang parti. Contoh :- Penyelengaraan kawasan masjid bagi masjid masjid negeri selangor (setakat sekarang hanya masjid daerah sahaja.). Liberalisasi aset aset kerajaan negeri dan kerajaan tempatan termasuk gerai untuk disewa, kedai serta ruang niaga. Bagi membuka peluang semula kepada pendokong parti. Menyewakan atau memajakkan satu kawasan pertanian komersial menjadikan mini felda yang boleh diisi oleh orang parti yang berminat. Mengkhaskan satu pelaburan asing kepada satu projek usahasama parti yang berorientasi penglibatan ramai peserta sama ada dalam bentuk hak pengedaran, agent produk. Ini dapat dibuat dengan menyenaraikan peluang yang ada berbanding dengan senarai profile jawatankuasa parti, wanita, AMK dan cawangan. Semua pengerak parti dimestikan mengisi profil diri bagi mengatur “match making”. Memperkenalkan sistem saraan hidup dalam bentuk wakaf jariah dimana pelaburan dibuat oleh ahli parti yang mampu dan penamanya adalah ahli parti (pengerak). Selebihnya dibayar oleh rakan kerjasama atau badan korporat yang membuat penajaan. Diberi kuasa kepada akses 10% koata ketua bahagian dalam memilih kelayakan menerima kerja kerja kerajaan negeri. Pemilikan saham di GLC kerajaan negeri kepada anak negeri selangor melalui Koperasi GLC Negeri Selangor (SELCOOP) dimana ahli koperasi adalah pengerak parti dimana keuntungan GLC negeri akan diagihkan kepada kooperasi dan pemegang saham koperasi yang terdiri dari ahli parti.
5) Kesamarataan suara dalam politik, setiap usul dari bahagian dibincangkan di perhubungan negeri walau terpaksa membincangkannya lebih dari satu hari. Dibuat persidangan khas perhubungan negeri sebelum setiap persidangan DUN. Semua kertas cadangan yang dikupas dibawa kemesyuarat Pakatan Rakyat bagi cadangan pelaksanaan di mesyuarat mesyuarat exco melalui potfolio masing masing. Termasuk cadangan cadangan pembangunan negeri. Setiap wakil rakyat kawasan tersebut bertanggungjawab keatas keperluan parti dikawasan tersebut, kehadiran mereka perlu dimesyuarat bahagian. Meletakan suara bahagian didalam kerajaan negeri. Tiada perbincangan dari negeri yang dipersetujui tanpa ada cadangan dan perbincangan diperingkat bahagian. Bahagian diperlukan membawa usul dan cadangan bertulis kepada Perhubungan Negeri.
Tidak ada program Kerajaan Negeri yang tidak melibatkan sekurang kurangnya, Ketua Bahagian, Ahli Majlis, Pengerusi JKKK (Wajib Hadir), diikuti dengan Ahli Jawatankuasa yang lain. Meletakan Ketua Bahagian, Ahli Majlis , Pengerusi JKKK serta Pengerusi Masjid setempat sebagai kategori “JEMPUTAN KHAS”.
6) Menghindar perpecahan dan ancaman sabotaj serta musuh dalam selimut, amat ketara kemasukan beramai ramai ahli dan pengerak dari pelbagai latarbelakang, mereka yang “oportunis” ini amat licik dan menonjol berbanding pendokong parti yang asal yang lebih pasif terutama dalam kedudukan dalam satu satu jawatan penting. Menapis semula kemasukan dan penglibatan mereka dengan memberi syarat seperti surat keluar parti lama, jika lebih berat dan ketara penglibatan termasuk surat meletak jawatan di sebarang jawatan yang berkaitan dengan parti lawan, ini termasuk akuan bersumpah tidak terlibat atau berhubungan dengan parti lawan termasuk jawatan di organisasi sokongan parti lawan seperti kemas, rukuntetangga, PPK, malah jawatan jawatan berkepentingan politik yang lain. Ini bagi mengelak unsur lompat parti atau “dibeli” ketika musim pilihanraya atau ketika kemenangan majoriti rendah. Termasuk hubungkait kekeluargaan dengan pendokong dan pengerak parti. Semua ini dipastikan kepada mereka yang ingin memegang sebarang jawatan dalam parti, tempoh “edah” 2 tahun dikenakan kepada ahli dari memegang sebarang jawatan jika didapati mereka adalah pemegang jawatan diparti lawan termasuk Ketua Cawangan, Ketua Pemuda , Ketua Wanita, Ketua Putera dan Puteri.
Resolusi Khas
Memperkasa Pusat Khidmat Masyarakat, diketahui bahawasanya PKM ini diuruskan tanpa banyak penglibatan Bahagian Kapar yang bertanggungjawab atas politik Parlimen Kapar, aktiviti yang disusun, serta peruntukan tidak diurus bagi mencapai matlamat keberkesanan serta “political milage” kepada parti pemerintah, dengan itu, PKM perlu disusun semula dari organisasi serta pengerak perlaksaan produk Kerajaan Negeri. Bagi memastikan parti terus kukuh dan dilandasan aspirasi parti.
Adalah dicadangkan segala peruntukan melalui jawatankuasa perbelanjaan parti bagi menelitian kewajaran serta priority juga kepentingan politik semasa, tidak ada ungkapan ini tidak boleh digunakan untuk parti jika makanisma yang dibuat melalui prosedur yang ditetapkan.
Perlu juga atas kepentingan seluruh jentera dan organisasi parti sedikit pembahagian yang merupakan faedah bersama atau berkesampingan dari perlaksanaan program negeri, termasuk perlibatan ahli parti yang berhubung kait dengan perniagaan serta perkhidmatan. Selaras dengan itu PKM menjadi satu tempat perkhidmatan rakyat yang menyeluruh dari aspek melayani semua lapisan rakyat.
Semua lantikan didalam organisasi PKM adalah bidang kuasa Bahagian Kapar dengan kerjasama ADUN Angkat (Sementa). Tidak melibatkan ADUN yang menang di PRU12 yang lalu.
Dengan PKM adalah dibawah payungan ADUN dan Bahagian bagi memudahkan kemunikasi serta laporan kepada Perhubungan Negeri .
AKU HANYA SOKONG PARTI GERAKAN (BUKAN DLAM BN) GERAKAN MEANS TAK BERGERAK TAK MAKAN !!! WAKAKAKA
khakkkkkk ptuiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
cili dah ranum? kot boleh beli sekilo...
TEMAN-TEMAN.
MAI JOINT PAS.
Post a Comment