Yang menarik pada tahun 2012
Tahukah anda terdapat seorang anak kecil bernama Naomi Angelia, memiliki kelebihan berbeza dari anak-anak seusianya. Dia telah menghasilkan sebuah buku bertajuk "Kiamat 2012". Naomi lahir pada 1 November 1996, menjadikan dirinya sekarang sudah berusia 17 tahun.
Melalui wawancara yang dibuat pada tahun lepas, dia berkata, "Buku ini berdasarkan apa yang aku lihat di tahun 2009 hingga 2011. Meskipun buku ini sudah selesai dihasilkan pada tahun 2010 tapi ianya baru dicetak di tahun 2011, karena aku tidak mahu diterbit awal." Begitu lah kenyataan dari Naomi ketika perlancaraan buku tersebut di Plaza FX, Senayan, Jakarta. Anda boleh menyelidik kelebihan diri Naomi di SINI. Hasil jualan buku tersebut, sebahagiannya diderma kan kepada organisasi sosial.
Apa yang menarik untuk diperkatakan di sini adalah tentang ramalam kiamat pada tahun 2012, namun kesahihannya tidak ketara. Tetapi terdapat pengkaji menyatakan bahawa 2012 bukan lah tahun kiamat, tetapi akan berlakunya bencana alam yang bakal mengorbankan banyak nyawa.
Mari kita rujuk kepada satu artikel yang pernah disiarkan dahulu berkaitan dengan seorang yang mendakwa melalui perjalanan menjelajah waktu, DI SINI.
Di dalam artikel yang dibaca oleh ramai pelayar internet, ada menyebut sedikit tentang peristiwa pada tahun 2012. Baca keratannya di bawah,
Menurutnya, katastrop pada 2012 merupakan puncak fenomena alam yang saat ini (tahun 2001) mulai terjadi. Tahun 2012 bukan kiamat, tetapi apa yang terjadi saat itu akan menyebabkan korban mahluk hidup yang sangat besar. Itu berkaitan dengan peristiwa iklim, aktivitas tektonik dan vulkanik yang ditandai dengan gempa-gempa skala besarnya topan, dan gelombang samudera. - lagi di SINI
Semua diatas adalah sekadar bacaan. Namun ianya boleh jadi pendorong agar kita lebih beribadat, bimbang kalau kalau esok berlaku perkara yang tidak baik.
Sebuah hadis Nabi S.A.W yg diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas R.A, bahwa Rasullullah S.A.W bersabda yang maksudnya “Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa. Maka berkata Izrail: “Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa”.
Teringat juga aku akabn kata kata, Saidina Ali Karramallahu Wajhah yang patut dihayati iaitu:
"Bekerjalah kamu untuk kehidupan duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan Beribadahlah untuk kehidupan Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari".
Wallaualam
0 comments:
Post a Comment