Rakan WARTAMAYA

Friday, January 13, 2012

Janji selepas di ceraikan ...


SHAH ALAM, 13 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berjanji kepada peniaga-peniaga di Kompleks PKNS Shah Alam bahawa tidak akan berlaku sebarang kenaikan kadar sewa di kompleks berkenaan sekiranya Barisan Nasional (BN) menguasai kerajaan negeri selepas pilihan raya akan datang.Malah, Najib (gambar) turut berjanji akan berbincang dengan Kementerian Pelancongan supaya mewartakan kompleks berkenaan sebagai Kompleks Warisan demi menarik kemasukan pelancong ke Shah Alam. - Selanjutnya di SINI

Negeri yang di bawah BN, kalau teringin nak dengar macam macam rancangan, sila lah duduk di bawah PR. Sebelum ni tiada lah rancangan yang menarik, lepas dah jadi milik orang lain, baru lah menyondol-yondol. Ibarat isteri yang sudah diceraikan, si suami datang memujuk mujuk untuk kembali. Apa gelarannya tu?
Share/Bookmark

5 comments:

Anonymous,  January 13, 2012 at 7:52 PM  

Apa gelarannya tu?

Gila talak gelarannya

Anonymous,  January 13, 2012 at 8:09 PM  

Boleh caya ke janji Najib ni...klu nak tolong,tolong selamatkan peniaga Melayu d Klcc, Alamanda dan kompleks perniagaan lain di KL...

Anonymous,  January 13, 2012 at 8:41 PM  

dengar lah cakap orang ni...alamat sampai seluar dalam nanti kena jual.

Anonymous,  January 13, 2012 at 8:52 PM  

Kekal kan sewa tu biasa je. Tak der la janji hebat sangat

Anonymous,  January 13, 2012 at 11:03 PM  

hikmah bertukar2 kerajaan.. pasti akan janji yg terbaik kan9x

Blog list