Rakan WARTAMAYA

Tuesday, January 3, 2012

Kesian adik ini


Nur Amalina Che Bakri, anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL. Mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan.

Bercita-cita untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan Beliau belajar dan mengulangkaji pelajaran melalui televisyen dan internet. Meminati program-program realiti televisyen seperti siri Fear Factor, The Apprentice, National Geographic dan Discovery Channel kerana beliau sukakan sesuatu yang mencabar dan menjadi inspirasi lepada beliau.

Sentiasa melayari intenet untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini. Mendapat pendidikan awal di Tadika Farley’s Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu (darjah 1), Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor Bharu (darjah 2-4), Sekolah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bharu (darjah 5) dan Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram (darjah 6). Beliau pernah menyertai 50 pertandingan seperti sayembara puisi dan lagu, pidato, syarahan, bercerita, kuiz, melukis, menggubah, bersajak dan pernah dimahkotakan sebagai Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2004 serta Johan Pidato Permodalan Nasional Berhad.

Merupakan Naib Pengerusi Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Setiausaha Persatuan St. John Ambulans, Setiausaha Pasukan Rumah Kuning, Naib Bendahari Kelab Pencegah Jenayah dan Ketua Pasukan Badminton sekolah semasa beliau di tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Mungkin Ustaz Azhar Idris kena gi jumpa kot?
Atau ayoh kita sedikit-sedikit doa untuk dia KEMBALI ...
Share/Bookmark

5 comments:

Anonymous,  January 3, 2012 at 7:06 AM  

Tak faham Wak. Apa cerita sebenarnya?

cerdik suam2,  January 3, 2012 at 7:24 AM  

lps ni x yahla anta jauh2 yg bijak2 tu dok lam m'sia ja..didik agama tu lebih..insya'Allah..selamat..

wartamaya January 3, 2012 at 7:28 AM  

http://www.melvister.com/2012/01/gambar-seksi-nur-amalina-che-bakri-pelajar-cemerlang-spm-2005.html

Anonymous,  January 4, 2012 at 12:53 AM  

dah banyak bukti kepincangan sistem pendidikan negara.. kita hanya suruh mereka hafal, lepas tu muntahkan semuanya atas kertas dalam peperiksaan.. ini semua sebab kita tak kaitkan ilmu yang sikit tu dengan agama dan kebesaran Allah.. maka jadi la macam ni.. semua ilmu itu hak Allah, asalnya daripada Dia, kenapa kita kena pisahkan?.. patutnya pendidikan agama tu setiap masa, bukan ada slot2 khas mcm sekolah2 kita sekarang.. cuba tengok, berapa kerat yg boleh kaitan Teory of Relativiti dengan Surah 32, ayat 5. Allahua'lam~

seth July 24, 2012 at 6:03 PM  

lingkup la lagi sorang gadis melayu

Blog list