Rakan WARTAMAYA

Tuesday, February 1, 2011

Apa yang anda perlu lakukan ketika kenderaan tenggelam


Sayu membaca berita INI

Sekiranya kenderaan sedang tenggelam, cuba buka tingkap secepat mungkin. Ketika kenderaan sudah tenggelam, tenaga manusia biasa sukar untuk membukanya sehinggalah tekanan luar dan dalam kenderaan menjadi stabil. Sekiranya tingkap masih belum terbuka, usaha menstabilkan tekanan luar dan dalam menjadi sukar.

Jangan panik !

Buka tingkap seboleh mungkin. Gunakan apa kaedah sekalipun. Anda mempunyai kurang dari sesaat untuk berusaha. Sekiranya tingkap kenderaan menggunakan kuasa (Power window), cuba pecahkan gelas tingkap tersebut menggunakan kaki, tangan, siku atau apa sahaja barangan yang keras. Dengan membenarkan air memasuki ke dalam kenderaan, maka tekanan dalam dan luar kenderaan dapat distabilkan dan pintu boleh dibuka.

Sekiranya anda mempunyai peralatan kecemasan, pastikan ia mudah di capai ketika didalam kecemasan. Jika anda tidak mempunyai peralatan khas, anda boleh menggunakan barangan seperti tukul, pemutar skru atau kunci stereng (Steering wheel locks). Anda juga boleh menggunakan kunci kereta untuk memecahkan cermin.

Tingkap sisi pintu kenderaan adalah bahagian cermin yang sesuai untuk di pecahkan dan ianya lokasi sesuai untuk selamatkan diri. Cermin hadapan diperbuat dari kaca keselamatan yang mungkin hanya retak bila cuba untuk dipecahkan. Untuk kenderaan yang mahal harganya, pasti kaca hadapan adalah bahagian yang sukar untuk dipecahkan.

Sekali lagi ... Jangan panik !

Selepas tingkap berjaya di pecahkan. Tarik nafas sebanyak mungkin dan selepas air memenuhi ruang kenderaan, perlahan loloskan diri untuk keluar kenderaan dan berenang ke permukaan.


Ingat .. Berbagai kemungkinan berlaku ketika banjir. Cuba jauhi dari lokasi tersebut.

...

Alfatihah


Berita yang diterima dari Shah ALam


"Emak mertua Hisham Shariman (Ketua AMK Shah Alam) telah kembali ke Rahmatullah selepas azan Maghrib petang tadi. Alamat beliau di No. 12, Jalan Labu Lima 24/10E, Seksyen 24, Shah Alam, Selangor. Berhadapan dengan sekolah Kebangsaan Seksyen 24, Shah Alam"

Semoga roh ibunda beliau di cucuri rahmat.

...

Berita terkini dari Mesir



Untuk mendapatkan berita TWITTER terkini tentang keadaan di Mesir
Dalam setiap SAAT .. ! LIVE UPDATE !

...

Ada yang lupa asal usul .. wakakak !!!



Malaysia is Tanah Melayu, says Dr M
“This country belongs to the Malay race. Peninsular Malaysia was known as Tanah Melayu but this cannot be said because it will be considered racist.

“We must be sincere and accept that the country is Tanah Melayu,” he told an audience at the “Malay race and the future” talk at the Tun Hussein Onn Memorial here.[ lagi ]

...

Perasan Melayu ... wakakak !!!


Bukan Melayu dilarang buat liputan wacana Mahathir
Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani February 01, 2011
KUALA LUMPUR, 1 Feb — Penganjur wacana yang dihadiri bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta editor organisasi media supaya hanya menghantar pemberita dan krew televisyen kalangan Melayu untuk membuat liputan majlis tersebut.

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) mengadakan wacana bertajuk “Kaum Melayu dan Masa Depan” di Memorial Tun Hussein Onn di sini petang ini.[ lagi ]

...

Sekutu APCO bagaimana?


Kebangkitan rakyat Mesir: Saat sekutu Israel dijatuhkan Allah
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir di kehebatan binaan piramidnya yang lebih merupakan lambing kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di zaman tersebut.[ lagi ]

...

Tu diah ... Indonesia hebat !


Indonesia Hantar Pesawat Boeing Untuk Pindahkan Rakyatnya Dari Mesir
JAKARTA: Berikutan krisis politik yang kian meruncing di Mesir serta suasana tegang dengan ancaman demonstrasi lebih sejuta orang di Kaherah Selasa, Indonesia menghantar sebuah pesawat sewa khas untuk memindahkan rakyatnya yang berjumlah 6,200 orang dari negara itu.

Pesawat Garuda Boeing 747 itu akan memindahkan kumpulan pertama berjumlah 428 orang sebaik sahaja ia mendapat kebenaran mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kaherah.[ lagi ]

-----------------------
Apa cerita MAS?
Apa cerita Airasia?
Wakakak ..... !
Tak rasa tercabar ke? ... Wakakak

...

Hari ni PR tawan Putrajaya, esok minyak turun


GOPENG 1 FEB: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi janji bahawa minyak petroleum akan diturunkan hanya sehari selepas Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.

Ketua Umum PKR itu berkata dalam ceramahnya di Gopeng semalam bahawa alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan negara akan jatuh bankrap sekiranya membantu rakyat miskin dengan mengurangkan harga minyak dan barangan lain tidak berasas sama sekali.

Semalam kerajaan secara mengejut mengumumkan kenaikan petrol RON97 sebanyak RM0.10 sen menjadikan harganya RM2.50 sen. Ini merupakan kenaikkan kedua bahan api berkenaan bagi tahun ini.

"Kalau Allah takdirkan kita menang, masuk Putrajaya, saya ulang, hari ini masuk Putrajaya esok harga minyak turun seluruh negara," tegas beliau diikuti sorakan gemuruh daripada hadirin.[ lagi ]

-------------------------------
wakakak ... BN lagi hebat
Hari ni tawan Tenang, esok minyak naik ...
Wakakak !!!

...

Blog list