Rakan WARTAMAYA

Friday, December 23, 2011

IBU .. kasih ku abadi

Mungkin kelewatan aku untuk berbicara, mungkin kealpaan memesong ingatan, lalu tidak dapat digambarkan betapa berdosanya aku kerana melupakanmu kerana kesibukan dunia dan onaknya. Bagaikan tiadalah langsung luangan masa.

 Kelewatan menapak pulang, untuk bertemu ibu, di teratak usangmu, jelas mampu menggambarkan riak wajah seorang tua yang cukup sabar menanti disulami keriangan yang tidak mungkin berkekalan.

Ku cium tanganmu, kukucup dahi mu, tiada kusadari menitisnya air mata tanda ku berdosa,

"Ibu ... anakmu telah pulang".

Sempena penghulu segala hari ini  ... aku sujud ke kakimu, tanda bersyukur sungguh aku, kerana dipilih berada di rahim mu lantas merasai dunia ini. Kau la Ibu ku.

 Doa untuk mu ..

"Robbighfir lii wa li waalidayya warhamhumaa kamaa robbayaanii shoghiiroo “Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku dan kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”


dari
Radenjowo
Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  December 23, 2011 at 7:32 AM  

Sayunya aku

Anonymous,  December 23, 2011 at 7:46 AM  

Teringat ibu aku di Simpang Renggam.

Blog list