Rakan WARTAMAYA

Thursday, December 1, 2011

Dedah lagi ... dedah lagi !

KUALA LUMPUR, 30 Nov — PKR meneruskan serangan berhubung skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), dengan hari ini mendakwa RM5 juta dana awam projek ternakan lembu itu digunakan untuk membeli Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta wang tunai RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Dakwaan terbaru oleh pemimpin PKR berhubung salah guna ini muncul beberapa jam selepas Shahrizat mempertahankan dirinya ketika berucap pada Persidangan Agung Tahunan Wanita di sini pagi ini. PKR juga berkata NFC telah mengeluarkan sebanyak 15 cek bagi agensi pelancongan Impian Global Network Services. Mendedahkan perkara itu petang ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat “memberitahu siapa yang pergi bercuti.” Rafizi menambah RM534,622 digunakan untuk membeli Mercedes Benz CLS350, dana NFC yang disalurkan kepada National Meat and Livestock Corporation (NMLC) dan RM588,585 lagi dipindahkan kepada Meatworks (Singapore), kedua-dua syarikat yang milik penuh keluarga Shahrizat dan tiada apa-apa kaitan dengan rancangan perniagaan NFC.[ lagi ]

Lepas ni Mami Ijat pun melenting lagi ...
Cuba aleh tajuk ... kutuk wan azizah yang tiada kena mengena ..
Lari fokus .. orang pompuan yang sebayanya dalam dewan bersorak ..
Langsung tak paham politik melencong Mami Ijat ... wakakak !!!
Penipuan .. hanya untuk umno la ..
Golongan umno je yang terus bingai tak tau dia kena tipu ..
Dok terus sibuk kata umno perjuang itu ini ... wakakak !!!
Bingai !
Share/Bookmark

3 comments:

maie1958 December 1, 2011 at 6:40 AM  

begitu lah alkisah golongan gerombolan yang anggap harta negara makbapak dia punya diburukan lagi dengan undang2 rimba yang menjaga keselamatan dunia mereka...tu pun masih ramai dongoi2 tukang sorak tahap air kotak dan nasi bungkus sana sini...kesian yer?

g mmpos lah umno,  December 1, 2011 at 6:45 AM  

memang bingai dulu kini dan selamanya....

Putra IJ80 December 2, 2011 at 3:37 PM  

Mami Ijat x perlu melenting.,kerana si mata sepet mabuk kuasa.,telah membuat keputusan ala Mahkamah bahawa tidak ada unsur penyelewingan dlm kes yg,melibatkan Ijat dan keluge nya.dgn hanya berpandukan kepada percakapan 74 org.yg telah memberi keterangan.

Ada kah dgn keterangan percakapan 74 org malah klu lebih sekali pun.,sudah cukup bagi nya(Si mata sepet) mengeluarkan kenyataan sedemikian?

Sedangkan para pemimpin PKR sudah tentu tidak akan bercakap kalau tidak ada cukup evidence atau bukti fakta kukuh kenyataan mereka

Sejarah mata sepet ini memang lebih sudu dari kuah.

Blog list