Umngok Sokong atau anti Komunis?
[...]“Tetapi permohonan UNHCR tersebut telah ditolak dan UNCHR telah melahirkan kekesalan mereka terhadap keputusan Kerajaan Malaysia tersebut,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Beliau menambah, Human Rights Watch (HRW) telah mengutuk tindakan kerajaan memulangkan 11 pelarian Uighur tersebut dan mendesak agar kerajaan tidak memulangkan 5 orang yang masih lagi ditahan di Malaysia.
“Memulangkan mereka kepada Kerajaan Komunis China mendedahkan mereka kepada risiko serius diseksa.
“Kerajaan China secara berterusan telah menganggap permintaan penggunaan bahasa Uighur serta mengamalkan agama Islam sebagai keganasan, pemberontakan dan penderhakaan,” ujarnya.[ lagi ]
Berbelit belit .. umngok Lebih dari ular ...
wakakak !!!
6 comments:
umngok serupa ngan tali rapia la bro
Kenapa Susah Betul Nak Tengok Handset Dari Jepun?
Sokongan terhadap Nik Aziz semakin menurun
Oleh Anwar Hussin
anwarhussin@bharian.com.my
2011/05/19
Datuk Nik Aziz Nik Mat
Datuk Nik Aziz Nik Mat
Kajian dapati Mustapa, Awang Adek dapat perhatian
KOTA BHARU: Kajian pendapat oleh sebuah syarikat perundingan dan penyelidikan, mendedahkan penerimaan rakyat Kelantan terhadap kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menurun kepada 48.3 peratus, berbanding 76 peratus pada 2006 kerana beberapa faktor, termasuk penentangan rakyat di negeri itu terhadap kerjasama PAS dengan DAP.
Bagaimanapun, kajian oleh Social Matrix Research (SOCMAT) itu mendapati penerimaan rakyat Kelantan terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed melonjak kepada 31 peratus berbanding enam peratus pada 2006, manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin meningkat kepada sembilan peratus.
Kaji selidik yang dinamakan Tinjauan Kepekaan Penduduk Tentang Kepemimpinan Kelantan 2011 itu dilakukan pada Mac lalu. Kaji selidik sama pernah dilakukan oleh syarikat berkenaan pada 2006.
Penasihat SOCMAT, Dr Khairudin Damhoeri, berkata kaji selidik juga mendapati pemimpin PAS lain seperti Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, gagal mengulangi pencapaian hebat lima tahun lalu, sekali gus menunjukkan kedudukan PAS untuk mempertahankan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang amat getir.
Beliau yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Lembah Klang, berkata kaji selidik membabitkan 3,000 responden berumur 21 hingga 102 tahun dan setiap mereka dihubungi sekali lagi untuk pengesahan bagi memastikan integriti hasil kajian.
"Kajian ini tidak memihak kepada sesiapa kerana ia pernah dilakukan pada 2006. Ketika itu kami dapati PAS amat popular dan sukar untuk UMNO mengambil alih kerajaan. Bagaimanapun, kali ini, kaji selidik mendapati Barisan Nasional (BN) sudah mendapat tempat kerana selepas Nik Aziz, populariti adalah kepada Mustapa dan Awang Adek," katanya kepada Berita Harian.
Kajian juga mendapati golongan yang menyukai Nik Aziz adalah yang berusia 51 tahun ke atas dan bawah 30 tahun, manakala Mustapa menerima sokongan mereka yang berusia 30 hingga 50 tahun.
Dr Khairudin berkata, isu pelbagai fatwa yang dikeluarkan Nik Aziz, mengelirukan orang Melayu sehingga menyebabkan mereka tidak lagi yakin padanya.
SOCMAT ditubuhkan sebagai badan perunding bebas kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau syarikat yang mahu mendapat nasihat serta penyelidikan berhubung isu masyarakat, politik, sosial, ekonomi dan pasaran. Kaji selidik terbaru itu dilaksanakan menerusi temubual di tempat awam, seperti pasar, masjid dan warung makan selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Mac lalu.
Dr Khairudin pernah bertugas sebagai perunding bebas di Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan pada 2006 dan melakukan kaji selidik terhadap kepemimpinan Kelantan. Beliau juga ditugaskan melakukan analisis keputusan pilihan raya umum pada 2004 dan 2008 mengikut Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk daerah mengundi dan saluran. Kajian berkenaan membabitkan 6,000 daerah mengundi dan 18,000 saluran mengundi yang mendapat pembiayaan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).
FAKTA
Keputusan Kaji Selidik Social Matrix Research
Datuk Nik Aziz Nik Mat – 48.3 peratus
Datuk Seri Mustapa Mohamed – 31.4 peratus
Datuk Awang Adek – 9 peratus
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah – 1.8 peratus
Datuk Husam Musa – 1.6 peratus
Datuk Mohd Alwi Che Ahmad – 1.3 peratus
Datuk Mohd Fatmi Che Salleh – 1.1 peratus
SOKONG KOMUNIS SOKONG MURATD TAK SABAR PRU 13 CEPATLAH SIKIT
mana tak lebih dari ular? dalam umngok penuh keturunan kelin' pemimpin yg ke-4 asaai pon dr kerala..wal kutty @ pandikutty
socmat berapa masyukkkk?
leekonu..... Merdeka Review amner lar pulakkk???
Post a Comment