Rakan WARTAMAYA

Monday, April 11, 2011

Ziarah dan terkilan


Rentetan dari cerita berikut ...
Aku nak cerita tentang perjuangan seorang pejuang PAS. Dia bukan lah seorang pemimpin, tapi kematiannya baru baru ini sedikit membuat aku murung. Namanya Ahmad Musa bin Shapie. Seorang peniaga ikan dan sayur-sayuran yang tidak pernah tertinggal dari mengikuti perkembangan politik PAS. Setiap kali pilihanraya yang melibatkan PR, dia akan turut sama berada dilokasi. Biar jauh mana pun. [lagi]
Ahad lepas aku sempat untuk berkunjung ke rumahnya ... dan bertemu isteri Allahyarham .. dan air mata mengalir apabila ...
"xxx (nama aku) kenapa tidak pulang. Dia selalu talipun, tapi xxx (nama aku) tetap tidak pulang."
Itu kata isterinya kepada aku dan segalanya kerana waktu yang tidak mengizinkan. Aku terkilan kerana sepatutnya aku pulang minggu sebelum itu tapi gagal kerana masalah yang aku hadapi.

Alfatihah untuknya ...

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list