Rakan WARTAMAYA

Saturday, March 5, 2011

Telur siapa pecah?


Manakala antara yang didakwa boleh ditakrifkan sebagai rasuah pula antaranya bayaran wang SES berjumlah RM13,000 seorang peneroka atau sebanyak RM3,367,558.00 kepada peneroka Felda Jengka 22 pada 7 Mac.

Bercakap dalam sidang media di Temerloh petang ini, Wan Ahmad berkata, pihaknya akan memastikan perkara itu tidak berlaku esok dan akan bercakap sekali lagi dengan pucuk pimpinan parti terlibat.

Sementara itu, ditanya tentang pengumuman projek dan peruntukan sepanjang pilihan raya kecil DUN itu, Wan Ahmad menjelaskan rasuah menurut akta kesalahan pilihan raya merujuk kepada pembelian undi "daripada calon kepada pengundi".

"Kalau melibatkan yang di depan sana pelbagai manusia, (itu) bukan semua pengundi," katanya sambil menyerahkan perkara itu sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).[ lagi ]
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list