Rakan WARTAMAYA

Friday, February 4, 2011

'Sandmonkey' blogger tegar Mesir


Nama 'Sandmonkey' sudah tidak asing lagi di alam maya Mesir. Pernah digelar blogger no 1. Pernah di tangkap dan dimasukkan ke dalam penjara oleh kerajaan Mubarak.

Semalam, menurut Twitter, dia diserang lagi, ketika cuba memberi bantuan perubatan di Dataran Tahrir bersama rakan-rakan. Sebelum ini dia di tangkap pada tahun 2010 kerana mengeluarkan artikel panas.

Artikel terakhirnya bertajuk "Egypt. Right Now!". Selepas itu, blognya tidak lagi berfungsi. Berikut adalah sedikit terjemahan dari artikel tersebut.
"Aku tak tau bagaimana untuk mulakan tulisan ini. bergelut dengan keletihan kerana tidak tidur untuk tempoh 10 hari, Aku bergerak dari satu rumah kawan ke satu rumah kawan, dan boleh kata tidak tidur walau semalam di rumah sendiri, berdepan dengan regim yang kukuh kewangan dan terancang dan pada pandangan aku ianya tidak lain dari menghalau serangga tetapi waktu pembersihan akan tiba. Suasana di sini boleh dikatakan suram.

Ia tidak bermula seperti disangka. Pada Selasa Jan 25, ianya bermula aman, dengan pelbagai halangan, kami berjaya mengumpulkan ribuan dan bawa mereka ke Dataran Tahrir, meskipun diserang oleh Pasukan Anti Tunjuk Perasaan yang menggunakan kayu, gas pemedih mata dan peluru getah. Kami berjaya melepasi segala rintangan mereka dan meletakkan diri kami di Tahrir. Kerajaan bertindak menutup semua hubungan komunikasi sekitar Dataran dan tindakan itu dilakukan dengan tujuan selepas waktu tengah malam, mereka memasuki ke datarang dan menyerang penunjuk perasaan dan mengosongkan kawasan Dataran. Hari berikutnya, kami datang semula dan hari selepas itu. Setiba hari Jumaat kami dengan beraninya berlawan dengan halanngan komunikasi, kekerasan mereka, gas pemedih mata mereka dan peluru mereka lalu kami ambil semula Dataran. Sejak itu kami terus berada di sana.
Seterusnya di SINI

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list