Rakan WARTAMAYA

Sunday, February 6, 2011

Perhimpunan Anti Mubarak di Canada



MONTREAL - Lebih kurang 500 rakyat Mesir di bandar itu mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan pada Sabtu lepas meminta Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

"Saya bangga sebagai orang Mesir," kata penganjur perhimpunan itu, Mohamed Jamel, rakyat jati Mesir yang telah menetap di Montreal selama 20 tahun.

Kamel meminta Perdana Menteri Stephen Harper dan Menteri Luar Lawrence Cannon untuk mengantar pesanan yang jelas bahawa ini lah masanya untuk Mubarak meletakkan jawatan.

"Kami mahu dia keluar sekarang", kata Kamel, yang menuduh Canada tidak mengambil bahagian mendesak Mubarak meletakkan jawatan dengan segera.

Tiada semburan ubat nyamuk dan racun tikus dilapurkan berlaku dalam perhimpunan itu.

Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  February 7, 2011 at 4:44 PM  

Tak kena belantang dgn polis ke / gas pemedih mata mcm kat negara 1Malaysia...ha ha ha

Blog list