Rakan WARTAMAYA

Tuesday, February 8, 2011

Manusia berubah jadi Bunian


1,594 pengundi di DUN Merlimau gagal dikesan

JASIN 7 Feb. - Badan Perhubungan UMNO Melaka melancarkan gerakan mengesan kira-kira 1,594 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang berusia 21 tahun ke atas berdaftar sebagai pemilih tetapi gagal dikesan kediaman mereka.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, angka yang diperoleh daripada Bancian Kaji Sikap yang dijalankan oleh Wanita Perhubungan UMNO negeri dan parti komponen Barisan Nasional (BN) dianggap serius.

Menurutnya, bancian yang dibuat mendapati 1,594 telah mendaftar sebagai pengundi di DUN Merlimau tetapi apabila pergi ke alamat rumah terbabit mendapati mereka tidak menetap di situ.

''Situasi ini amat membimbangkan kerana kita tidak tahu status mereka ini mendaftarkan diri sebagai pengundi tetapi mereka tidak menetap di alamat yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

''Bagi saya jumlah itu sangat serius kerana dalam sistem demokrasi, setiap undi adalah penentu kejayaan sebuah parti pada setiap pilihan raya umum atau pilihan raya kecil," katanya.[ lagi ]

-----------------------------------------
Wakakak ... !!! Apa bangang la ..
Sendiri bikin, sendiri pening ...
Muakakaka !!!

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list