Blogger Cairo diserang
Seorang Blogger Cairo mendakwa dihenti dan diserang oleh Regim Pro Mubarak ketika dalam usahanya menghantar bantuan perubatan kepada mereka yang cedera. Pihak polis dikatakan mengambil kunci kereta dan taliponnya, serta membiarkan kumpulan penyerang menyerang diri dan kumpulan yang bersamanya dan turut merosakkan kereta miliknya.
"Saya dipukul dimuka, dicalarkan. Kaca bertaburan dimana mana," kata Mahmoud Salem, 29 Tahun pemilik blog Sandmonkey.org.
Salem dikatakan sedang dalam perjalanan bersama kumpulan 2 lelaki dan 2 perempuan pada tengahari Khamis menggunakan kenderaan Kia Sorrento.
"Pihak polis merampas semua kunci dan talipon kemudian membiarkan kami di dalam kereta apabila satu kumpulan mengelilingi kami, mereka berdiri di atas kereta, memecahkan cermin tepi, membaling batu ke arah tingkap yang lain, selain menendang dinding sekeliling," Kata Salem. "Kami di sana 35 minit dan saya merayu pihak Polis selamatkan kereta kami, atau lepaskan kami kerena wanita yang bersama kami di dalam ketakutan.
Baca lagi di SINI
0 comments:
Post a Comment