Rakan WARTAMAYA

Sunday, January 16, 2011

Tunisia : Penunjuk perasaan terbunuh, wartawan cedera






Keganasan di Tunisia telah mengorbankan penunjuk perasaan dan mencederakan wartawan pada Khamis lepas. Pihak polis telah melepaskan tembakan di Bandaraya Tunisia selepas pertembungan antara pihak berkuasa dan kumpulan pelajar.

Pertembungan pada hari Khamis adalah merupakan hari kedua keganasan akibat tidak puas hati rakyat kepada pihak kerajaan yang berpunca dari masalah pengangguran, rasuah dan salah guna kuasa. Bangunan-bangunan kerajaan telah dilempar batu.

Sekurang-kurangnya 23 orang dilaporkan terbunuh dan berpuluh orang telah ditangkap di dalam kejadian tersebut. Dianggarkan kemarahan rakyat akan bertambah.
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list