Rakan WARTAMAYA

Thursday, January 20, 2011

Siapa selepas ini ?



Laila Ben Ali. lahir pada 20 July 1957, isteri kepada Zine el-Abidine Ben Ali, bekas presiden Republik Tunia. Dia adalah bekas Wanita Pertama Tunisia. Masih menyandang jawatan sebagai Presiden Persatuan Wanita Arab dan juga pengurus Pertubuhan Basma, badan kebajikan yang berfungsi sebagai badan bantuan kepada manusia kurang upaya. DIa juga pengasas kepada badan bantuan pesakit kanser yang dikenali sebagai SAIDA.

Laila Ben Ali adalah anak gadis kepada Mohamed dan SaA da Trabelsi. Seorang anak perempuan dari 11 orang adik beradik, dan selainnya adalah lelaki. Berkahwin pada tahun 1992 dan pernah berkerja sebagai pendandan rambut dengan tiada kelulusan tinggi. Dia dan keluarganya berjaya di dalam perniagaan di Tunisia dan terkenal kerana kekayaannya.

Wanita pertama ini dan Presiden, mempunyai 3 orang anak, Nesrine (berkahwin dgn ahli perniagaan ,Mohammad Sakher El Materi), Halima dan Mohamed Zine el-Abidine.

Leila menjadi fokus umum selepas penulis buku dari Perancis mengeluarkan buku bertajuk "La regente de Carthage" dengan kandungannya mendedahkan korupsi yang dilakukan oleh Leila, keluarganya dan ipar-iparnya.

Menurut akhbar Perancis, Le Monde Diplomatique, Leila Ben Ali adalah simbol "ketamakan" di dalam keluarga Presiden. Wikileaks juga turut mendedahkan beberapa perkara. Ketika ini di laporkan ipar ipar Leila turut melarikan diri dari Tunisia.
Kenali beliau lebih lanjut di SINI

Siapa selepas ini .. ?
Sekurang-kurangnya dia ada potongan badan.

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list