Rakan WARTAMAYA

Thursday, January 6, 2011

Khalid: Bekas SUK Kemuka Nama Khusrin Kepada Istana Tanpa Pengetahuan MB


SHAH ALAM 6 JAN : Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud mengemukakan nama Datuk Mohammed Khusrin Munawi kepada Istana Selangor sebagai calon untuk menggantikan beliau walaupun mengetahui bekas Pengarah Jabatan Agama Islam itu bukan dalam senarai pilihan kerajaan negeri bagi mengisi jawatan tersebut.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata Ramli berbuat demikian pada 3 Disember lalu tanpa pengetahuan Menteri Besar dan seminggu kemudian Sultan Selangor memperkenankan Khusrin sebagai SUK baru.

Keputusan itu juga tidak dimaklumkan oleh Ramli kepada Menteri Besar dan EXCOnya yang bermesyuarat pada 16 Disember, kata Khalid.

Khalid berkata Datuk Ramli telah menjayakan satu permainan politik licik untuk meletakkan seorang calon yang tidak dikehendaki oleh kerajaan negeri sebagai Setiusaha Kerajaan Negeri.

"Apa yang terhasil sekarang ini ialah untuk memperlihatkan pertelagahan antara kerajaan negeri dan Istana yang didalangi kerajaan pusat Barisan Nasional. Ini adalah pemainan politik jahat dengan tujuan meletakan calon yang tidak dihendaki oleh kerajaan negeri," kata Khalid.

Dalam sidang akhbarnya, beliau memberi urutan peristiwa yang mendedahkan peranan Datuk Ramli dalam menghasilkan Datuk Khusrin sebagai SUK baru dengan perkenan Istana Selangor.

"Pada 3 Disember, nama-nama telah dikemukakan kepada Menteri Besar oleh Jawatan Kuasa yang telah ditubuhkan. Pada hari itu juga, apabila tiga nama ini telah dikenal pasti, pihak Datuk Ramli nampak tiada nama Datuk Khusrin, maka dia telah tulis surat kepada Istana tanpa memberitahu kepada Menteri Besar . (Ramli) memberi senarai nama yang lain, (dengan) nama yang pertama ialah Datuk Khusrin," kata Khalid.

Datuk Ramli menghantar surat itu kepada Istana Selangor tanpa memaklumkannya kepada Tan Sri Khalid, tegas Khalid.

"Pada 10 Disember, Datuk Munir menjawab balik dengan memberitahu Datuk Ramli, Sultan perkenan melantik calon pertama iaitu Datuk Khusrin, " kata Khalid sambil menunjukkan salinan surat yang yang dihantar oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Munir Bani.

Khalid berkata Ramli tidak memaklumkan jawapan daripada Sultan Sharaffudin yang memperkenankan perlantikan Khusrin itu kepada Menteri Besar mahupun EXCO kerajaan negeri.

"Pada 16 Disember pula, mesyuarat Exco dijalankan, Datuk Ramli pun ada. MB memberitahu nama-nama yang akan diserahkan kepada Istana tetapi Datuk Ramli diam sedangkan dia telah tahu (pelantikan sudah dibuat) kerana telah menerima surat dari Datuk Munir pada 10 Disember," kata Khalid.

Khalid berkata sehari selepas mesyuarat EXCO itu, Menteri Besar menghantar nama calon yang disenarai pendekkan, namun usaha itu sia-sia kerana Sultan sudah pun membuat keputusan atas senarai yang dikirim lebih awal oleh Datuk Ramli.

"Pada 17 Disember, MB hantar 3 nama calon yang dicadangkan oleh kerajaan negeri, tetapi sebenarnya Sultan telah membuat keputusan" dengan perkenankan pelantikan Khusrin," katanya.

Khalid berkata Datuk Ramli jelas memainkan peranan dalam mencetuskan kemelut pelantikan Khusrin.

"Apa yang saya mahu jelaskan di sini ialah bagaimana satu permainan politik yang licik telah di mana Datuk Ramli telah menerima surat dari Datuk Munir tetapi berdiam diri. Surat yang dihantar kepada Istana tidak diberitahu dan surat yang diterima pun tidak diberitahu walaupun beliau duduk dalam mesyuarat Exco 16 Disember," katanya lagi. - tvselangor

---------------------------------
Mereka tahu bahawa tiada lah harapan untuk merampas kuasa menggunakan pilihanraya. Isyarat sudah jelas dan nyata .... rakyat tolak BN.
Berhadapan dengan cara tipu saja. ... harapan yang ada.
Wakakak !!!


Share/Bookmark

4 comments:

mangchikla January 6, 2011 at 9:40 PM  

Sultan nih bukan ke menerima nasihat dari MB dalam segala berkaitan negeri? Baik toksah jadi menteri kalau boleh terima nasihat selain dari MB. camtu kalu eloklah terima senarai nama dari tukang kebun, pokoknya sapa yg hanar dulu akakaakakakak

Anonymous,  January 7, 2011 at 7:57 AM  

wow! Mcm drama minggu ini.

Anonymous,  January 7, 2011 at 10:18 AM  

lain kali suruh jkkk lantik ksu,,,,hahahaha,,,,carila penyamun/perompak mana2,,,sultan akan sah kan,,

Anonymous,  January 7, 2011 at 2:02 PM  

dulu lepas menang....PR nak pa tak pinda perlembagaan negeri. Dah kena cam nie baru nak pinda....... sekarang nie pindalah mana yg patut.....

Blog list