Rakan WARTAMAYA

Tuesday, January 4, 2011

Bunuh pengkritik sultan, satu cadangan yang hina — Dr Mohd Asri Zainul Abidin

4 JAN — Seorang YB dan NGOs tertentu mencadangkan agar pengkritik sultan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Walaupun ada kaitan dengan politik kepartian tertentu -itu bukan urusan saya — tetapi saya ingin mengulas cadangan ini di sudut hukum Islam seperti berikut;

Cadangan ini sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau kesemua maksiat yang lain.

Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain.[ lagi ]
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list