Anbalagan : Utusan Perlaku Presiden NUJ Umpama 'Penjenayah'
SHAH ALAM 15 JAN : Akhbar Utusan Malaysia dilihat memperlakukan Presiden NUJ, Hatta Wahari sebagai penjenayah apabila memberikan arahan supaya tidak keluar dari lingkungan kediamannya sepanjang tempoh penggantungannya yang berkuatkuasa Isnin ini.
Setiausaha agung NUJ, V. Anbalagan berkata beliau tidak nampak dimana rasionalnya Utusan menggantung Hatta kerana setiap kenyataan media yang dikeluarkan Hatta adalah atas kapasitinya sebagai Presiden NUJ.
"Utusan buat hatta sebagai penjenayah, dia kongkong,dia yang tentukan dimana dia patut berada.Pada saya tidak masuk akal," katanya.
"Tapi yang peliknya dia kata dalam masa dia dalam..dia kena realese sampai 17 hb kan ,dia kata dia tidak boleh keluar mana- mana, dia mesti berada di kawasan rumah dia.Itu sesuatu diluar bidang kuasa Utusan,"katanya.[ lagi ]
0 comments:
Post a Comment